MAJLIS PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN BAGI BULAN DISEMBER TAHUN 2025

Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Kementerian bagi bulan Disember 2025 secara telesidang pada 8 Disember 2025.

Perhimpunan bulanan ini dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan tema “Rancakkan MADANI: Infra Lestari, Wanita Disanjungi”.

Menerusi sesi ini, warga Kementerian Komunikasi dapat mendengar amanat dan hala tuju yang disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg.Datuk Abdul Halim Hamzah.

251208 pmx
Foto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT

Cetak Emel