Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat
Carta Organisasi
Profil Bahagian
Latar Belakang
Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat (KS) terdiri daripada 7 cawangan iaitu:
i. Cawangan Pengurusan Maklumat Strategik
ii. Cawangan Komunikasi Korporat
iii. Cawangan Hubungan Strategik
iv. Cawangan Hubungan Media
v. Cawangan Kandungan Kreatif
vi. Cawangan Komunikasi Digital
vii. Cawangan Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC)
Visi , Misi & Objektif
VISI
- Menjadi pusat pengurusan komunikasi dan maklumat strategik yang dipercayai dalam menyokong dasar serta inisiatif kerajaan.
MISI
- Menyelaras strategi komunikasi yang berkesan untuk memperkukuh penyampaian dasar dan inisiatif kerajaan dengan berkesan.
- Menjalin hubungan strategik dengan pelbagai pihak bagi memastikan penyebaran maklumat yang sahih, cepat dan berintegriti.
- Mengurus komunikasi korporat dan media sosial Kementerian Komunikasi bagi memastikan penyampaian maklumat kerajaan yang konsisten, bersepadu dan berkesan kepada rakyat.
- Mengurus maklumat strategik mengenai analisis trend media dan persepsi rakyat berkaitan isu-isu semasa.
- Merancang cadangan pelan intervensi untuk dikemukakan kepada pemegang taruh bagi membantu menangani isu-isu semasa secara proaktif dan berkesan.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan pengurusan komunikasi dalam situasi bencana, krisis dan pilihan raya secara cekap serta bersepadu.
- Menjadi perunding komunikasi dalam pengurusan acara rasmi peringkat nasional dan antarabangsa.
Fungsi & Peranan
- Memantau dan menganalisis isu semasa melalui pelbagai sumber (lapangan, media elektronik, media cetak dan media sosial);
- Merancang dan menyelaras Pelan Intervensi Komunikasi bagi inisiatif dan program kerajaan serta isu-isu semasa;
- Merancang, mengurus dan menyelaras program-program promosi dan publisiti bagi acara/ majlis/ program rasmi negara yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan lawatan pembesar negara asing;
- Merancang, mengurus dan menyelaras promosi dan publisiti bagi program peringkat nasional melibatkan pemimpin negara;
- Melaksanakan fungsi komunikasi korporat Kementerian Komunikasi termasuk pengurusan media dan penyampaian maklumat;
- Menyelaras pengurusan kandungan media sosial kementerian merangkumi siaran langsung, suntingan video, liputan visual acara rasmi serta penerbitan bahan komunikasi;
- Menyelaras penerbitan Laporan Tahunan Kementerian;
- Menyelaras pelaporan pusat media semasa pilihan raya; dan
- Menyediakan perkhidmatan pertanyaan, bantuan direktori, cadangan, maklum balas dan aduan rakyat melalui talian 03-8000 8000.
Piagam Pelanggan
Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat (KS) bertanggungjawab melaksanakan tugasan berteraskan kualiti, ketepatan fakta dan jangka masa yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Menghebahkan maklumat terkini kerajaan yang sahih, tepat dan jelas kepada masyarakat menerusi media elektronik, cetak, media sosial dan komunikasi bersemuka.
- Memberi respons kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut:
o Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja; dan
o Maklum balas awal dalam tempoh 3 hari bekerja.






