Bahagian Pembangunan Kandungan
Carta Organisasi
Profil Bahagian
Latar Belakang
Bahagian Pembangunan Kandungan telah diberi tanggungjawab dalam menguruskan Pembangunan Industri Kreatif Negara di bawah skop Kementerian iaitu Filem, Muzik, Seni Visual, Seni Persembahan dan Kraf yang meliputi aktiviti pembangunan kandungan, pembiayaan, akses pasaran & promosi, perundangan, pembangunan kapasiti dan teknologi & inovasi.
Mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan program di bawah Dana Kandungan Kreatif (DKK) di bawah Peruntukan Pembangunan dan PENJANA berkaitan filem, seni persembahan, seni visual, kebudayaan dan kesenian oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan MyCreative Ventures (MyCV).
Bahagian ini mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan program di bawah Peruntukan Akaun Amanah Dana Kandungan Kreatif (AADKK).
Mulai April 2024 Bahagian juga telah diberi tanggungjawab untuk menyelaras dan menimbang semua permohonan bagi penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara serta mengendali dan menyelaras aspek-aspek yang berkaitan supaya urusan kemasukan pengeluar filem serta artis-artis luar negara dapat dibuat dengan lebih mudah dan berkesan.
Visi , Misi & Objektif
VISI
- Menjadi peneraju utama pembangunan Industri Kreatif Negara.
MISI
- Mewujudkan satu persekitaran dasar yang strategik, responsif, kondusif dan inovatif dalam menggalakkan pembangunan industri kreatif yang dinamik dan berdaya saing.
OBJEKTIF
- Mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan pembangunan Industri Kreatif Negara.
Fungsi & Peranan
Unit Dasar dan Strategi
- Menyelaras penggubalan dasar, akta dan peraturan serta garis panduan berkaitan kandungan kreatif
- Menyelaras penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/Nota Jemaah Menteri (NJM) dan ulasan MJM berkaitan kandungan kreatif
- Memantau dan menilai pelaksanaan sesi pratonton filem di bawah Skim Wajib Tayang
- Menyelaras penyediaan jawapan Parlimen berkaitan kandungan kreatif
Unit Insentif dan Dana
- Menyelaras dan mengemaskini peruntukan pembangunan serta memantau pelaksanaan Dana Kandungan Kreatif (DKK)
- Menyelaras dan mengemaskini Akaun Amanah Dana Industri Kandungan Kreatif (DIKK)
- Merancang dan menyelaras Concert & Event in Malaysia Incentive (CEMI)
- Menganggotai JK Film in Malaysia Incentive (FIMI)
- Menyelaras Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC)
- Menyelaras dan mengawal selia permohonan projek daripada pemain industri (RFP)
Unit Program Khas
- Menyelaras pelaksanaan program-program sedia ada atau inisiatif baharu kandungan kreatif seperti Anugerah Seri Angkasa (ASA), Kembara RIUH dan lain-lain.
- Menyelaras dan mengoperasikan Program Kementerian (Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dan lain-lain).
Unit Data dan Pematuhan
- Mengumpul, menyelaras dan menganalisis data berkaitan kandungan kreatif (filem dan muzik).
- Menyelaras dan menambah baik pengurusan bayaran lesen hak cipta penggunaan Muzik oleh Kerajaan.
- Menyelaras inisiatif belanjawan bagi sektor Komunikasi Strategik dan industri kreatif.
- Melaksanakan sesi libat urus bersama penggiat kreatif.
Unit Keurusetiaan PUSPAL
- Mengurussetiakan Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Permohonan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara (JK-PUSPAL)
- Mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Prapermohonan (JKKP)
- Mengurussetiakan Sesi Panggilan Penganjur (SPP)
- Memantau dan melapor acara/program di bawah kelulusan PUSPAL
- Menyelaras dan merekodkan bayaran cukai pegangan daripada penganjur
- Menyelaras urusan berkaitan hal ehwal imigresen bagi permohonan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara
- Memberi khidmat nasihat berkaitan permohonan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara.
Unit Pentadbiran
- Menguruskan hal-hal pentadbiran am seperti keselamatan dan kebersihan pejabat, edaran Pekeliling, urusan surat-menyurat, pengurusan Bilik Mesyuarat, tempahan makanan dan minuman, sistem fail dan rekod, stor dan aset alih.
- Merancang, menyedia dan menyelaras Belanjawan Mengurus (ABM, OBB, Nota Minta dan e-Perolehan) serta menyelaras urusan tuntutan elaun dan kemudahan.
- Mentadbir urus pengurusan sumber manusia seperti kehadiran dan tatatertib, HRMIS, perjawatan termasuk pembaharuan kontrak COS/MySTEP.
Piagam Pelanggan
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan industri kreatif di Malaysia.
- Memastikan permohonan dana yang lengkap diproses mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
- Memberi maklum balas terhadap aduan / pertanyaan diambil tindakan dalam tempoh-tempoh (14) hari dari tarikh aduan diterima.
- Memproses permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap






