• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR KOMUNIKASI STRATEGIK DAN INDUSTRI KREATIF
  • Bahagian Dasar Dan Antarabangsa

Bahagian Dasar Dan Antarabangsa

Carta Organisasi

BPS
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Bahagian

icon

PUAN ZARINA BINTI ZAKARIA
Setiausaha Bahagian 
iconphone  03-89115484 | iconemail2 zarina[@]komunikasi[.]gov[.]my

Latar Belakang


Bahagian Dasar Dan Antarabangsa diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred Utama C. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan perancangan, penyelidikan, pelaksanaan dan pemantauan pelaksanaan dasar-dasar Kementerian. Cawangan-cawangan utama adalah:

  • Cawangan Penyelidikan
  • Cawangan Kabinet, Parlimen dan Perhubungan
  • Cawangan Perancangan Komunikasi
  • Cawangan Pengurusan Data

Visi , Misi & Objektif


VISI

  • Menjadi peneraju dalam perancangan, penyelidikan, pelaksanaan dan pemantauan pelaksanaan dasar-dasar di bawah Sektor Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif serta dasar-dasar berkaitan komunikasi


MISI

  • Memantapkan perancangan dan penyelarasan dasar-dasar di bawah Sektor Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif serta dasar-dasar berkaitan komunikasi

  • Menerajui penyelidikan yang tepat, relevan dan komprehensif berkaitan aktiviti/program KK
  • Meningkatkan pemantauan terhadap pelaksanaan dasar-dasar di bawah Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif serta dasar-dasar berkaitan komunikasi


OBJEKTIF

  • Memastikan perancangan, pembangunan dan penyelidikan yang berkaitan dengan dasar penyiaran, penerangan dan perfileman kementerian dilaksanakan dengan efektif selaras dengan dasar-dasar berkaitan komunikasi

Fungsi & Peranan


CAWANGAN PENYELIDIKAN

  • Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti kajian & Penyelidikan berkaitan fungsi KK.
  • Memberi khidmat nasihat penyelidikan
  • Penerbitan Buku Perangkaan dan Maklumat KK.


CAWANGAN KABINET, PARLIMEN DAN PERHUBUNGAN

i. Kabinet

  • Mesyuarat POST-CAB
  • Urusan Jemaah Menteri

ii. Parlimen

  • Urusan Parlimen

iii. Perhubungan / Maklum Balas

  • Mesyuarat KSN/KSU
  • Mesyuarat KPPA/KSU
  • Mesyuarat KSU/KP
  • Mesyuarat Majlis Raja-Raja
  • Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri
  • Mesyuarat Pengurusan Tertinggi
  • Mesyuarat Ketua Perkhidmatan
  • Penyediaan Koleksi Petikan Dasar oleh Pengurusan Tertinggi serta YB Menteri KK.
  • Mesyuarat JPPN


CAWANGAN PERANCANGAN KOMUNIKASI
(Komunikasi Strategik/Pengurusan Persepsi/Pengurusan Reaksi)

  • Merangka dan merancang dasar dan strategi menangkis tohmahan, fitnah dan isu-isu terhadap Kerajaan yang dipaparkan di mana-mana media peringkat dalaman dan antarabangsa.
  • Mengurus dan merancang strategi komunikasi.
  • Merancang strategi pemasaran dan penyebaran maklumat di media sosial.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Dasar


CAWANGAN PENGURUSAN DATA
(Pengurusan Data)

  • Urusetia Jawatankuasa Big Data peringkat Kebangsaan
  • Mewujudkan sistem untuk Kementerian yang berkaitan dengan pelaksanaan Big Data
  • Keurusetiaan Pelan Transformasi KK
  • Keurusetiaan Pelan Strategik Jangka Panjang
  • Menyelaras isu-isu berkaitan NKRA / NKEA, Blue Ocean dan PEMUDAH
  • Keurusetiaan Jawatankuasa Penyelarasan KK (JKPKK)
  • Keurusetiaan Majlis Penerangan Kebangsaan (MPK)

Piagam Pelanggan


Kami berjanji akan:

  • Menyediakan kertas Jemaah Menteri dalam masa sebulan.
  • Menyediakan maklum balas keputusan Jemaah Menteri dalam masa seminggu.
  • Menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat yang diurus setia dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat.
  • Memproses baucer pembayaran dalam masa 2 hari dari tarikh invois diterima.
  • Menyediakan laporan pembangunan kepada agensi pusat dalam masa 3 hari.
  • Menyediakan laporan pemantauan siaran dalam masa seminggu

Cetak Emel