• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR PENGURUSAN
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Carta Organisasi

BPSM
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Bahagian

icon

PUAN NOR AZIDAH BINTI MUHAMMAD
Setiausaha Bahagian
iconphone  03-89117550 | iconemail2 azidah[@]komunikasi[.]gov[.]my

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M14. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan struktur organisasi dan perjawatan, urusan-urusan perkhidmatan, latihan kakitangan dan peperiksaan serta urusan-urusan berkaitan prestasi dan kemajuan kerjaya pegawai. Cawangan dan Unit di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia adalah:


Cawangan Pengurusan Perkhidmatan (CPP)
Cawangan Pembangunan Kerjaya (CPK)
Cawangan Pembangunan Organisasi (CPO)
Cawangan Pembangunan Modal Insan (CMI)
Unit Pengurusan Psikologi (UPS)
Unit Pengurusan Data (HRMIS)

Visi , Misi & Objektif

VISI

Menjadi organisasi terbaik dalam pembangunan sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mencapai objektif organisasi.

MISI

Memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten bagi mencapai objektif bahagian.

OBJEKTIF

  • Menghasilkan pegawai yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten melalui perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif organisasi.
  • Menyediakan struktur organisasi dan perjawatan berdasarkan keperluan semasa serta hala tuju organisasi bagi menyokong keupayaan bahagian, jabatan dan agensi melaksanakan fungsi serta mencapai objektif penubuhannya.

Fungsi & Peranan

Cawangan Pengurusan Perkhidmatan (CPP)

  • Melaksanakan dasar perkhidmatan berdasarkan pekeliling semasa yang berkuatkuasa;
  • Memberi khidmat nasihat  berkaitan dasar perkhidmatan semasa yang berkuatkuasa kepada warga Kementerian dan jabatan;

  • Menguruskan hal-hal perkhidmatan warga Kementerian, Jabatan dan Agensi dari segi pengambilan, penempatan, pertukaran, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan dalam jawatan berpencen dan persaraan;

  • Melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi warga Kementerian, Jabatan dan Agensi; dan

  • Menguruskan pelantikan Ketua Jabatan / Agensi di bawah KK

Cawangan Pembangunan Kerjaya (CPK)

  • Merancang, mengurus dan memantau urusan pelaksanaan  Penilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai di Kementerian.
  • Keurusetiaan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) meliputi urusan  Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) serta pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC).
  • Keurusetiaan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
  • Merancang dan melaksanakan ujian bakat (PAC) bagi lantikan ke jawatan di bawah skim Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi.
  • Menyelaras urusan sesi bimbingan kepada calon yang memohon menduduki peperiksaan bagi skim lantikan di bawah Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi.
  • Menyelaras keurusetiaan bagi urusan Mesyuarat Lembaga/Panel Peperiksaan Kementerian/Penggubalan Sukatan & Soalan bagi skim di bawah lantikan Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi.
  • Menjadi urus setia Mesyuarat Panel Subjek Jabatan.
  • Merangka dan menyediakan garis panduan urusan kemajuan kerjaya pegawai bagi memenuhi aspek Pelan Penggantian.
  • Menyelaras Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus.
  • Mengurus dan memantau Pelaksanaan  Majlis Bersama Jabatan (MBJ):
  • Mengurus dan menyelaras pencalonan Penganugerahan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran bagi Persekutuan dan Negeri-negeri.

Cawangan Pembangunan Organisasi (CPO)

  • Merancang, menyelaras, memberi khidmat nasihat, rundingan dan melaksanakan urusan berkaitan penyusunan semula organisasi, pengukuhan perjawatan dan skim perkhidmatan di bahagian, jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi (KK);
  • Mengurus, menyedia, mengemaskini dan menyelaras urusan berkaitan Senarai Perjawatan Tahunan, Waran Perjawatan dan Surat Kelulusan Perjawatan bagi bahagian, jabatan dan agensi di bawah KK;
  • Mengurus, mengemaskini dan menyelaras data maklumat perjawatan, pengisian dan kekosongan KK, serta permohonan pengisian jawatan gred lantikan di bahagian, jabatan dan agensi KK;
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan naziran perjawatan dan audit kendiri di bahagian, jabatan dan agensi di bawah KK;
  • Menyelaras, mengkaji, memberi khidmat nasihat dan menyediakan ulasan Ketua Perkhidmatan bagi permohonan pengukuhan perjawatan oleh semua kementerian, jabatan dan agensi sektor awam bagi skim-skim perkhidmatan di bawah Ketua Setiausaha KK;
  • Menyelaras semakan dan penambahbaikan skim-skim perkhidmatan di bahagian, jabatan dan agensi di bawah KK; dan
  • Urusetia bagi Jawatankuasa Penyelarasan Sumber Manusia KK.

Cawangan Pembangunan Modal Insan (CMI)

  • Menyelaras dan menguruskan program latihan (kursus, bengkel, seminar, ceramah dan taklimat) anjuran Kementerian;

  • Menguruskan tawaran kursus, bengkel, seminar, ceramah dan taklimat anjuran Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Sektor Swasta di dalam dan luar negara;

  • Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Penetapan kadar  Dan Perolehan Perkhidmatan Kepakaran Daripada Kalangan Bukan Pegawai Awam Dalam Program Rasmi Kerajaan; dan

  • Menyediakan Pelan Perancangan Strategik Pembangunan Modal Insan.

Unit Pengurusan Psikologi (UPs)

  • Menyelaras dan mengendalikan 4 aplikasi psikologi iaitu Aplikasi Psikologi dalam Penilaian Personal, Aplikasi Psikologi dalam Pembangunan Personal, Aplikasi Psikologi dalam Penyelidikan dan Aplikasi Psikologi dalam Intervensi.
  • Mengendalikan sesi kaunseling bagi pegawai yang dirujuk atau permohonan secara sukarela.
  • Mengurus pegawai berprestasi sederhana, rendah dan bermasalah.
  • Menyelaras pelaksanaan program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).
  • Menyelaras pelaksanaan program Pementoran.
  • Memberikan khidmat nasihat tentang pembangunan insan melalui pendekatan psikologi dan kaunseling kepada Jabatan/Agensi dan pandangan dari aspek psikologi dan kaunseling dalam memberikan perkhidmatan.

Unit Pengurusan Data (HRMIS)

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS peringkat agensi, khususnya aktiviti-aktiviti pra-pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul/submodul HRMIS;

  • Memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan sentiasa dikemaskini;

  • Sebagai point of reference kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS;

  • Bertindak sebagai Meja Bantuan HRMIS iaitu menyelesaikan masalah pengguna di agensi berkaitan pengoperasian aplikasi HRMIS;

  • Menguruskan latihan aplikasi HRMIS kepada pengguna dan membangunkan kepakaran untuk menggunakan aplikasi HRMIS di agensi;

  • Urus setia kepada Pasukan Teras dan Jawatankuasa Pelaksanaan di agensi;

  • Pusat rujukan data agensi; dan

  • Menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS di peringkat agensi dari semasa ke semasa.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan :

  • Mengkaji dan mengemukakan cadangan penyusunan semula struktur organisasi dan pengukuhan perjawatan kepada Agensi Pusat dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;

  • Mengkaji dan mengemukakan ulasan Ketua Perkhidmatan bagi skim-skim perkhidmatan di bawah Ketua Setiausaha, KK dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;

  • Memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dan urusan pemberian taraf berpencen dikemukakan kepada pihak berkuasa melantik dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap;

  • Memastikan urusan persaraan wajib dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun sebelum tarikh bersara, persaraan pilihan sendiri dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh bersara dan kes pencen terbitan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh kematian dan menerima dokumen yang lengkap;

  • Melaksanakan urusan penempatan dalam tempoh tujuh (7) hingga sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh pegawai lapor diri atau permohonan penangguhan tugas daripada pegawai;

  • Memastikan urusan kenaikan pangkat diproses dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima;

  • Memastikan Surat Pergerakan Gaji (PGT) diedarkan dalam tempoh 30 hari selepas Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) bersidang kecuali bagi kes-kes tertentu;

  • Memastikan keputusan peperiksaan perkhidmatan dimuatnaik dalam sistem OSEM dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat panel penilaian;

  • Memastikan keputusan dan sijil Program Transformasi Minda (PTM) dapat dikeluarkan dalam masa 30 hari selepas tarikh PTM dilaksanakan;

  • Memastikan maklumbalas perkhidmatan kaunseling diberikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima, dan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien;

  • Memastikan permohonan mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima;

  • Mengemukakan laporan akhir kaunseling kepada Ketua Jabatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas semakan laporan oleh Ketua Seksyen bagi kes rujukan (tidak termasuk kes rujukan Tempoh Pemerhatian Dasar Pemisah); dan

  • Memberi maklum balas kepada aduan berkaitan HRMIS dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. 

Cetak Emel