Bahagian Pembangunan
Carta Organisasi
Profil Bahagian
Latar Belakang
Sejarah Bahagian Pembangunan bermula pada tahun 2004 di mana Bahagian Pembangunan telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Pada 8 Mac 2008 KeKKWa telah ditambah pertfolio perpaduan menjadi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW). Pada 9 April 2009 Bahagian Pembangunan dipertanggungjawabkan untuk memantau segala projek pembangunan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Selepas penstrukturan semula Kementerian , Bahagian Pembangunan telah diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi (KK).
Visi , Misi & Objektif
VISI
- Pembangunan Projek Fizikal dan Bukan Fizikal KK yang berkualiti.
MISI
- Merancang, melaksana, memantau dan menilai projek pembangunan KK secara efisien dan efektif.
OBJEKTIF
- Merancang dan menyelaras projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian serta memantau kemajuan prestasi fizikal dan kewangan bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.
Fungsi & Peranan
UNIT PENGURUSAN BELANJAWAN
- Merancang program/ projek pembangunan di bawah RMLT selaras dengan Garis Panduan Projek Pembangunan RMLT berkaitan termasuk Anggaran Belanjawan Pembangunan Tahunan (mengikut Rolling Plan).
- Menyelaras peruntukan khas pelaksanaan projek selain di bawah RMLT.
- Melaksanakan pengurusan peruntukan pembangunan bagi Bahagian/ Jabatan dan Agensi K-KOMM serta Agensi Pelaksana Projek (JKR).
3.1. Waran Peruntukan Kecil/ Pindah Peruntukan/ Waran Tarik Balik
3.2. Unjuran Aliran Tunai mingguan, bulanan dan suku tahun
3.3. Pelaporan prestasi perbelanjaan
- Menyelaras dan memantau status pelaksanaan program/ projek.
- Menyelaras pengemaskinian prestasi kemajuan fizikal dan kewangan dalam sistem MyProjek.
- Menyelaras dan menyediakan laporan lawatan turun padang YB Menteri dan Ketua Setiausaha (KSU) ke atas program/ projek dalam pelaksanaan.
- Menguruskan permohonan pindaan skop / siling / kos projek/program melalui permohonan Notis Perubahan.
- Urus setia Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian
- Merancang dan menyelaras penilaian pelaksanaan program/ projek melalui penilaian outcome dan inspektorat.
- Merancang, menyelaras dan mengawalselia perbelanjaan Mengurus Bahagian.
- Menyelaras pengurusan pentadbiran Bahagian termasuk pengurusan fail dan rekod, kenderaan, keperluan peralatan dan kelengkapan serta keselamatan.
UNIT PENGURUSAN TANAH
- Menguruskan dan memantau inventori tanah-tanah Kementerian, Jabatan dan Agensi dibawahnya :
1.1. Permohonan pengambilan tanah
1.2. Pemberimilikan tanah
1.3. Pajakan tanah
1.4. Pencegahan pencerobohan dan keselamatan
1.5. Perizaban tanah
1.6. Penyewaan tanah
1.7. Pembayaran tanah
1.8. Tukarguna tanah - Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Tanah dan Premis Kementerian (JKPTP).
UNIT TEKNIKAL PEMBANGUNAN
- Memberikan khidmat nasihat teknikal kepada kementerian dalam perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan bagi projek pembangunan fizikal binaan;
- Menyelaras perancangan dan pelaksanaan projek yang dilaksanakan oleh Jabata Kerja Raya (JKR)
- Menyemak/ mengurus pelantikan dan perkhidmatan juru perunding, menyemak reka bentuk seni bina dan lukisan persembahan, menyediakan ‘needs statement’, dan menghasilkan lukisan kerja mengikut reka bentuk yang dikehendaki oleh jabatan/ agensi
- Menyelaras perancangan dan pelaksanaan projek di bawah Public Private Partnership (PPP) bersama pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Jabatan/ Agensi pemilik.
- Menyelaras dan memantau pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan dan pelaporan ke Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK).
- Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Aset Tak Alih Kerajaan (Fasiliti) - JKPAK Fasiliti peringkat Kementerian.
- Menyelaras pelaporan Aset Dalam Pembinaan (AUC) Kementerian.
Piagam Pelanggan
- Menguruskan pengeluaran waran peruntukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh kelulusan.
- Memperakukan tuntutan bayaran dalam tempoh 2 hari dari tarikh tuntutan diterima.
- Menyediakan laporan prestasi kewangan / fizikal projek setiap bulan.
- Mengadakan mesyuarat tapak 1 bulan sekali.
- Memastikan projek diterima dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Perakuan Siap Kerja (CPC).






