Bahagian Kewangan
Carta Organisasi
Profil Bahagian

PUAN NORSURIANI BINTI ABAS
Setiausaha Bahagian 03-89115965 |
norsuriani[@]komunikasi[.]gov[.]my
Latar Belakang
Bahagian Kewangan diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M14. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara – perkara berkaitan dengan penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Kementerian, Pengurusan Perolehan Kementerian, Pengurusan Kewangan Kerajaan di Kementerian dan Mengurus kutipan hasil siaran iklan dan kelulusan skrip iklan TV serta radio RTM. Bahagian ini terdiri daripada empat cawangan utama, iaitu:
- Cawangan Pengurusan Perolehan (CPP)
- Cawangan Belanjawan (CB)
- Cawangan Pengurusan Kewangan (CPK)
- Cawangan Perdagangan (CP)
Visi, Misi & Objektif
VISI
- Menjadi Organisasi pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berhemat.
MISI
- Memastikan urusan kewangan diuruskan secara berhemah dan berkesan
OBJEKTIF
- Memberi bantuan khidmat nasihat dan sokongan dalam pengurusan kewangan kerajaan di peringkat Kementerian Komunikasi.
Fungsi & Peranan
- Mengurus segala hal ehwal belanjawan mengurus Kementerian Komunikasi mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dengan cara paling cekap, ekonomi dan berkesan;
- Menguruskan Perolehan melebihi RM 500,000.00 bagi Kementerian dan Jabatan di bawah peruntukan Akaun Belanja Mengurus dan Peruntukan Pembangunan.;
- Menguruskan terimaan/ hasil daripada jualan masa siaran iklan radio dan televisyen ;
- Menguruskan segala urusan pembayaran dan penyelangaraan akaun;
- Membangun, menyenggara dan memperkukuh sistem aplikasi bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus di Kementerian;
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
Piagam Pelanggan
-
Permohonan pinjaman kenderaan dan komputer diproses dalam tempoh 3 hari.
-
Pesanan Tempahan (LO) dikeluarkan kurang dari 5 hari.
-
Semua baucar bayaran akan diproses dalam tempoh kurang dari 7 hari.
-
Pindah peruntukan akan diluluskan dalam tempoh 3 hari.
-
Perjanjian kontrak akan ditandatangani dalam tempoh 4 bulan.





