Sumbangan 120 bakul makanan untuk Warga RTM dan IPPTAR
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Masjid Muhammadi Angkasapuri memperkukuh peranan sebagai pusat komuniti menerusi pengagihan 120 pek bakul makanan kepada kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).
Timbalan Pengerusi Masjid Muhammadi, Ismail Seman, berkata inisiatif bertujuan membantu meringankan beban penerima dalam kalangan kakitangan penyiaran.
Setiap bakul makanan merangkumi beras, minyak masak, susu tin, dan gula.
Sumbangan berkenaan merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu tin, gula dan pelbagai barangan asas lain.
Sumbangan bakul makanan tersebut disampaikan sendiri oleh beliau bersama Ketua Imam Masjid Muhammadi, Mohd Firdaus Muhamad.




