• Laman Utama
  • Program Semasa
  • RERUAI AKRAB KEMENTERIAN KOMUNIKASI MEMERIAHKAN PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI BULAN MEI 2025 DENGAN PELBAGAI AKTIVITI PSIKOLOGI YANG MENARIK

RERUAI AKRAB KEMENTERIAN KOMUNIKASI MEMERIAHKAN PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI BULAN MEI 2025 DENGAN PELBAGAI AKTIVITI PSIKOLOGI YANG MENARIK

Reruai AKRAB Kementerian Komunikasi telah diadakan dalam suasana meriah di Dewan Serbaguna B1, Menara Komunikasi pada 27 Mei 2025 (Rabu) bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bulan Mei 2025.

Ahli AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam) Kementerian Komunikasi bersama-sama menjayakan reruai AKRAB dengan pelbagai aktiviti psikologi yang menarik seperti Inventori Psikologi, Terapi Seni Ekspresif, Simulasi Psikologi Lantunan Rasa dan Mental State Test bertemakan “Rakan Bantu Rakan” dengan kehadiran lebih 100 orang pengunjung yang terdiri daripada pegawai-pegawai di bawah Kementerian Komunikasi dan jabatan/agensi di bawahnya.

Reruai turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi yang menyertai aktiviti simulasi psikologi dengan jayanya.

Semoga ahli AKRAB Kementerian Komunikasi kekal optimis menyumbangkan idea serta tenaga demi kecemerlangan AKRAB KK dan imej Perkhidmatan Awam.

pic1

Cetak Emel