Bahagian Infrastruktur
Carta Organisasi
Profil Bahagian
Latar Belakang
Bahagian Infrastruktur bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan projek-projek infrastruktur komunikasi bagi memastikan akses yang sama rata dan lebih ekonomik bagi perkhidmatan komunikasi di seluruh negara.
Visi , Misi & Objektif
VISI
Menjadi peneraju utama pembangunan infrastruktur komunikasi dalam merealisasikan Aspirasi Nasional.
MISI
Mewujudkan satu persekitaran dasar yang strategik, responsif dan inovatif dalam menggalakkan industri komunikasi yang dinamik dan berdaya saing.
OBJEKTIF
Merancang, mengkoordinasi, melaksana dan memantau dasar dan projek-projek yang berkaitan bagi memastikan akses yang sama rata dan lebih ekonomi bagi perkhidmatan komunikasi di seluruh negara.
Fungsi & Peranan
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau projek Point of Presence(PoP) Fasa 1 dan Fasa 2 seluruh negara.
- Menjalankan kolaborasi berkaitan ketersambungan infrastruktur telekomunikasi termasuk liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar bersama dengan MCMC dengan pihak berkepentinngan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Kerajaan Negeri (KN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi.
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan Industrial Collaboration Program(ICP) bagi projek PoP Fasa 1 dan Fasa 2.
- Menyelaras perkara-perkara berkaitan Sistem Kabel Telekomunikasi Dasar Laut.
- Mengurus dan menyelaras perkara-perkara dasar oleh syarikat penyedia perkhidmatan bersama-sama MCMC.
- Menyelaras pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.
- Melaksanakan pelan promosi jalur lebar dalam usaha meningkatkan kadar penembusan jalur lebar melalui promosi secara maya dan fizikal.
- Menyelaras penyertaan Kementerian mewakil negara ke forum-forum antarabangsa yang melibatkan telekomunikasi seperti Global System for Mobile Communications Association(GSMA), World Telecommunication Standardization Association(WTSA) dan Mobile World Congress (MWC).
- Menyelaras jawapan parlimen bagi Dewan Rakyat (DR) dan Dewan Negara (DN), Memorandum Jemaah Menteri (MJM), Nota Jemaah Menteri (NJM) dan kertas dasar berkaitan infrastruktur jalur lebar.
Piagam Pelanggan
A. Pengguna
- Penyediaan projek infrastruktur komunikasi dilaksanakan dengan berkesan dan berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna; dan
- Perkhidmatan komunikasi disediakan secara sama rata, selamat, boleh dipercayai, berterusan; dan
B. Industri
- Memastikan wujudnya persekitaran yang kondusif bagi pembangunan industri komunikasi;
- Menggalakkan penggunaan teknologi terkini untuk pembangunan industri komunikasi menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan;
- Memastikan wujudnya sistem kawal selia berintegriti berdasarkan polisi, peraturan dan garis panduan sedia ada; dan
C. Badan Kawal Selia
- Memastikan suatu sistem kawal selia yang telus, adil dan progresif bagi menggalakkan pembangunan industri komunikasi;
- Memastikan wujudnya sistem sokongan pengurusan yang berterusan bagi pelaksanaan sistem kawal selia yang berkesan;
- Memastikan perkhidmatan komunikasi dilaksanakan mengikut standard kualiti yang ditetapkan; dan
- Memastikan maklum balas terhadap cadangan dan syor yang dikemukakan oleh SKMM kepada YB Menteri diberi dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh diterima.
D. Stakeholders
- Memastikan kehendak dan keperluan stakeholders diuruskan mengikut standard dan masa yang ditetapkan; dan
- Memastikan tindakan diambil terhadap arahan YBM dan Keputusan Jemaah Menteri dalam tempoh 7 hari.