• Laman Utama
  • Info Korporat
  • BAHAGIAN/UNIT
  • SEKTOR PENGURUSAN
  • Bahagian Pembangunan

Bahagian Pembangunan

Carta Organisasi

BHGN PMBGUNAN
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Profil Bahagian

210602 sub pembangunan

PUAN MAIZATUSIMA BINTI JUDI
Setiausaha Bahagian 
iconphone  03-89115592 | iconemail2 maizatusima[@]komunikasi[.]gov[.]my

Latar Belakang


Sejarah Bahagian Pembangunan bermula pada tahun 2004 di mana Bahagian Pembangunan telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Pada 8 Mac 2008 KeKKWa telah ditambah pertfolio perpaduan menjadi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW). Pada 9 April 2009 Bahagian Pembangunan dipertanggungjawabkan untuk memantau segala projek pembangunan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Selepas penstrukturan semula Kementerian oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 2 Disember 2022 Bahagian Pembangunan telah diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Visi , Misi & Objektif


VISI

  • Pembangunan Projek Fizikal dan Bukan Fizikal KKD yang berkualiti.

MISI

  • Merancang, melaksana, memantau dan menilai projek pembangunan KKD secara efisien dan efektif.

OBJEKTIF
  • Merancang dan menyelaras projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian serta memantau kemajuan prestasi fizikal dan kewangan bagi projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.

Fungsi & Peranan

  • Merancang dan menyelaras projek-projek baru bagi setiap Rancangan Lima Tahun bersama-sama agensi di bawah KKD.
  • Mengurus dan memantau projek-projek fizikal di bawah KKMM ataupun agensi-agensi di bawah KKD.
  • Menyediakan Anggaran Belanjawan Pembangunan Tahunan Peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Permohonan Peruntukan Tambahan bagi semua projek di bawah KKD.
  • Menyediakan laporan mengenai prestasi kewangan dan fizikal projek-projek pembangunan di bawah KKD dan agensi-agensi di bawahnya.
  • Mengadakan cadangan konsep pelan pembangunan satu-satu projek fizikal untuk mendapat kelulusan pihak pengurusan.
  • Mengemaskini Pengkalan Data Sistem Pemantauan Projek Pembangunan (SPP II) KKD.
  • Membuat perhubungan dengan agensi-agensi pusat berkaitan dengan projek pembangunan.
  • Menyelaras projek-projek penswastaan di bawah KKD.
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Kementerian.
  • Menjadi ahli kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Pembangunan Projek yang ditubuhkan oleh jabatan-jabatan/agensi-agensi.

Piagam Pelanggan

  • Menguruskan pengeluaran waran peruntukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh kelulusan.
  • Memperakukan tuntutan bayaran dalam tempoh 2 hari dari tarikh tuntutan diterima.
  • Menyediakan laporan prestasi kewangan / fizikal projek setiap bulan.
  • Mengadakan mesyuarat tapak 1 bulan sekali.
  • Memastikan projek diterima dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Perakuan Siap Kerja (CPC).

Cetak Emel