Bahagian Teknologi Komunikasi
Carta Organisasi
Profil Bahagian
ENCIK AHMAD NORHAD BIN ZAHARI
Setiausaha Bahagian 03-89117926 |
norhad[@]komunikasi[.]gov[.]my
Visi , Misi & Objektif
VISI
- Menjadi peneraju utama pembangunan sektor komunikasi dalam merealisasikan aspirasi negara.
MISI
- Mewujudkan satu persekitaran dasar yang strategik, responsif dan inovatif dalam menggalakkan industri komunikasi dinamik dan berdaya saing.
OBJEKTIF
- Merancang, menyelaras, melaksanakan dasar-dasar komunikasi dan pemerkasaan ekonomi Bumiputera secara menyeluruh serta menyelaras hubungan pertubuhan antarabangsa dalam bidang komunikasi di peringkat dua hala, serantau dan pelbagai hala.
Fungsi & Peranan
- Mentadbir urus keanggotaan Malaysia di dalam organisasi antarabangsa berkaitan sektor telekomunikasi, pos dan kurier.
- Menyelaras penganjuran acara tahunan antarabangsa peringkat nasional berkaitan sektor telekomunikasi, pos dan kurier.
- Memantau dan menyelaras hal ehwal sektor pos dan kurier negara.
- Mengawal selia dan mengkaji semula akta-akta dan undang-undang subsidari berkaitan sektor telekomunikasi, pos dan kurier.
- Menyelaras kursus dan latihan yang ditawarkan kepada Malaysia oleh organisasi-organisasi antarabangsa berkaitan sektor telekomunikasi/ICT.
- Menyelaras geran penyelidikan/projek yang ditawarkan kepada Malaysia oleh organisasi-organisasi antarabangsa berkaitan sektor telekomunikasi/ICT.
- Menjadi ketua perunding/perunding bersama bagi sektor telekomunikasi untuk rundingan perdagangan bebas di peringkat bilateral dan multilateral.
- Menyelaras input dan maklum balas bagi bab-bab rundingan perdagangan bebas yang diterima dari agensi/kementerian lain.
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas yang telah dimeterai oleh Malaysia dalam sektor telekomunikasi seperti Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP), Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dan ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Agreement (AANZFTA).
- Merangka dan melaksana intervensi strategik, inisiatif dan program pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
- Memastikan semua inisiatif dan program Pemerkasaan Agenda Bumiputera (PAB) di kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dilaksanakan selaras dengan pelan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
- Menyediakan pelan strategik di peringkat kementerian bagi memastikan pelaksanaan dan pemantauan inisiatif pemerkasaan agenda Bumiputera di kementerian mencapai objektif yang ditetapkan.
- Mengaturkan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti TERAJU, Kementerian Ekonomi serta pihak swasta.
- Mengumpul, menganalisa dan melaporkan pencapaian KPI inisiatif pemerkasaan agenda Bumiputera di kementerian kepada Jawatankuasa Kerja Majlis Ekonomi Bumiputera.
- Menyelaras dan menjadi sekretariat/ahli di peringkat Kementerian berhubung dasar-dasar pendigitalan Negara (MED4IRN, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR Negara, Kluster Infrastruktur Digital, Malaysia Digital dan Industry4WRD).
Piagam Pelanggan
A. Pengguna
- Memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang cekap melalui penyediaan infrastruktur yang bersepadu dan bermutu tinggi oleh industri komunikasi.
- Memastikan perkhidmatan komunikasi disediakan secara sama rata, selamat, boleh dipercayai, berterusan dan pada harga mampu bayar.
- Memastikan aduan diberi maklum balas awal 3 hari selepas diterima dan maklum balas terperinci 1 bulan dari tarikh diterima.
B. Industri
- Memastikan wujudnya persekitaran yang kondusif bagi pembangunan industri komunikasi.
- Menggalakkan penggunaan teknologi terkini untuk pembangunan industri komunikasi menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.
- Memastikan wujudnya sistem kawal selia berintegriti berdasarkan polisi, peraturan dan garis panduan sedia ada.
C. Badan Kawal Selia
- Memastikan suatu sistem kawal selia yang telus, adil dan progresif bagi menggalakkan pembangunan industri komunikasi.
- Memastikan wujudnya sistem sokongan pengurusan yang berterusan bagi pelaksanaan sistem kawal selia yang berkesan.
- Memastikan perkhidmatan komunikasi dilaksanakan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.
- Memastikan maklum balas terhadap cadangan dan syor yang dikemukakan oleh SKMM kepada YB Menteri diberi dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh diterima.
D.Stakeholders
- Memastikan kehendak dan keperluan stakeholders diuruskan mengikut standard dan masa yang ditetapkan.
- Memastikan tindakan diambil terhadap arahan YB Menteri dan Keputusan Jemaah Menteri dalam tempoh 7 hari.
Penglibatan DHA Di Peringkat Antarabangsa
Bahagian ini merupakan focal point Malaysia dan menyelaras penglibatan negara di fora antarabangsa yang spesifik di bidang telekomunikasi, ICT, pos dan kurier supaya setiap kali kehadiran di mesyuarat memberikan impak yang positif dan bermanfaat kepada negara dan para peserta. Antara fora antarabangsa yang dihadiri oleh Malaysia adalah seperti berikut:
- International Telecommunication Union (ITU)
- Asia-Pacific Telecommunity (APT)
- Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
- International Telecommunications Satellite Organisation (ITSO)
- Universal Postal Union (UPU)
- Asian-Pacific Postal Union (APPU)