Bahagian Akaun
Carta Organisasi
Profil Bahagian
ENCIK ROSDI BIN ABU
Setiausaha Bahagian 03-89115772 |
rosdi.abu[@]komunikasi[.]gov[.]my
Latar Belakang
Kementerian Komunikasi yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital telah diberi nama baharu seiring dengan rombakan kabinet pada 12 Disember 2023. Kementerian ini juga pernah dikenali dengan nama Kementerian Penerangan Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Cawangan Akaun telah ditubuhkan sebagai Pejabat Perakaunan dan mula beroperasi pada 1 Ogos 2003 selaras dengan penubuhan Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS). Ini berdasarkan kepada keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada tahun 2002 yang berlandaskan kepada peruntukan tahunan kementerian melebihi RM1 bilion dan berasaskan kepada beban kerja bayaran serta pungutan hasil yang tinggi.
Cawangan Akaun pada ketika itu diletakkan di bawah Bahagian Kewangan. Pada 1 Mac 2007 Cawangan Akaun telah beroperasi secara berasingan dengan nama baharu sebagai Bahagian Akaun dan diketuai oleh Setiausaha Bahagian Akaun. Penubuhan bahagian ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan ketelusan pengurusan akaun dan kewangan di kementerian.
Kini, Bahagian Akaun Kementerian Komunikasi mempunyai sebanyak 53 perjawatan yang terdiri dari dua cawangan iaitu Cawangan Pengurusan dengan Cawangan Operasi pada perincian seperti berikut:
Cawangan Operasi: Cawangan Pengurusan:
Seksyen Bayaran dan Gaji Seksyen Perakaunan Pengurusan
- Unit Bayaran
- Unit Gaji
Seksyen Pelaporan dan Akaun Seksyen Pemantauan
- Unit Akaun - Unit Pemantauan 1
- Unit Pelaporan - Unit Pemantauan 2
Seksyen Perundingan Seksyen Pentadbiran Kewangan
- Unit Perunding - Unit Pentadbiran
- Unit Teknikal - Unit Kewangan
Seksyen Aset
Visi , Misi & Objektif
VISI
Menjadi agensi pengurusan perakaunan dan kewangan dengan penuh akauntabiliti.
Memastikan semua urusan bayaran, pungutan dan penyediaan laporan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan supaya dapat memuaskan hati pelanggan.
OBJEKTIF
Memberi khidmat sokongan dalam urusan bayaran dan pungutan supaya program aktiviti kementerian dapat mencapai objektifnya.
Fungsi & Peranan
- Menyediakan laporan perakaunan dan penyata kewangan kementerian;
- Menganalisa penyata kewangan kementerian dan maklumat kos bagi tujuan perancangan dan kawalan;
- Memantau dan melapor pada pengurusan tertinggi kementerian bagi laporan prestasi pembayaran bil dalam tempoh 14 hari;
- Memproses dan menguruskan bayaran secara cek dan Electronic Fund Transfer (EFT);
- Memproses bayaran emolumen warga kementerian dan menguruskan potongan gaji kepada agensi yang berkenaan melalui sistem gaji berkomputer mengikut jadual yang telah ditetapkan;
- Mengakaunkan semua bayaran dan terimaan bagi kementerian dan jabatan di bawah kawalan;
- Menjalankan pemantauan terhadap pematuhan kepada pelaksanaan Perakaunan Akruan dan pematuhan kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa melalui pelaksanaan naziran di semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah kementerian;
- Menyemak dan memantau Dokumen Akaun Terimaan (DAT) di semua Pejabat Pemungut di bawah kementerian;
- Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan yang dilaksanakan di kementerian;
- Menguruskan latihan dan kursus berkaitan kewangan dan perakaunan kepada semua pegawai perakaunan dan bukan perakaunan di bawah kementerian;
- Menguruskan dana bagi memenuhi keperluan bayaran;
- Mengurus dan mengendalikan urusan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai dan pembiayaan pinjaman komputer bagi kementerian; dan
- Memantau pelaksanaan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) di semua agensi di bawah kementerian.
Piagam Pelanggan
- Menyediakan penyata kewangan akruan kementerian dengan tepat dan lengkap mengikut tarikh yang ditetapkan;
- Menyediakan kertas kerja sokongan dengan tepat dan lengkap bagi tujuan penyediaan penyata kewangan kerajaan persekutuan dan dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan;
- Memproses pembayaran dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ);
- Memastikan emolumen anggota Kerajaan Persekutuan dibayar pada tarikh yang ditetapkan;
- Melaksanakan naziran pematuhan perakaunan akruan bagi setiap PTJ dan mengeluarkan laporan naziran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas naziran dijalankan;
- Menyemak dan memantau Dokumen Akaun Terimaan (DAT) di semua Pejabat Pemungut di bawah Kementerian Komunikasi dan mengemukakan Laporan Prestasi Kawalan Terimaan sebelum / pada 10hb pada setiap bulan berikutnya;
- Memproses permohonan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai dan pembiayaan pinjaman komputer dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh dokumen lengkap diterima; dan
- Memberikan khidmat nasihat mengenai perakaunan dan kewangan serta pelaksanaan sistem perakaunan kerajaan, kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh pertanyaan diterima