SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN KOMUNIKASI TAHUN 2025

Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil hadir ke sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi Tahun 2025 di Angkasapuri Kota Media pada 17 April 2025 (Khamis).

Semasa majlis, YB Fahmi telah menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kepada 10 orang artis veteran. Turut menerima sumbangan, enam orang pengamal media menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

Kementerian Komunikasi akan terus membantu kebajikan para pengamal media dan penggiat seni yang memerlukan, sekali gus memastikan kesejahteraan dibela selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

250417 raya

Foto:

MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT, MUHAMMAD ALIF AMIRUDIN, ROSDIN SABNI & ROSMAN ABU BAKAR

Cetak Emel