• Laman Utama
  • Program Semasa
  • FORUM MEDIA DAN PEMIKIR ASEAN-CHINA TEKANKAN KOMITMEN KERAJAAN MALAYSIA MEMUPUK DIALOG SERANTAU DAN KERJASAMA MULTILATERAL

FORUM MEDIA DAN PEMIKIR ASEAN-CHINA TEKANKAN KOMITMEN KERAJAAN MALAYSIA MEMUPUK DIALOG SERANTAU DAN KERJASAMA MULTILATERAL

Forum Media dan Pemikir ASEAN-China berjaya menghimpunkan lebih 250 wakil daripada 160 organisasi media, pemikir, agensi kerajaan dan syarikat dari negara ASEAN dan China bagi mengumpulkan pihak berkepentingan untuk meningkatkan kerjasama serantau.

Bertemakan “Memperkukuh Kerjasama ASEAN-China”, forum tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof di Kuala Lumpur pada 11 April 2025 (Jumaat) yang menekankan komitmen kukuh kerajaan Malaysia untuk memupuk dialog serantau dan kerjasama multilateral.

YAB Dato' Sri Haji Fadillah dalam ucapan pembukaannya telah menekankan bahawa pandangan dan sumbangan delegasi penting dalam membentuk masa depan hubungan ASEAN-China termasuk keterlibatan berterusan dalam menangani cabaran serantau dan global.

Hadir sama Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa; Ketua Pengarang Agensi Berita Xinhua, Lyu Yansong; Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

250411 forum

Foto:

MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT & ROSDIN SABNI 

Cetak Emel