MCMC DAN MARA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK TAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR DIGITAL
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) pada 10 April 2025 (Khamis).
Kerjasama strategik ini bertujuan untuk menambah baik infrastruktur digital di 344 buah institusi pendidikan MARA seluruh negara.
Pertukaran MoU tersebut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa; Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki.
Inisiatif ini juga bakal meningkatkan kualiti capaian Internet di seluruh institusi pendidikan MARA yang boleh dimanfaatkan oleh para penuntut MARA seiring dengan pelaksanaan Kempen Internet Selamat.
Foto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT & ROSMAN ABU BAKAR