RIUH RAYA KITA 2025 BAWAKAN GABUNGAN HASIL KREATIF, KEUSAHAWAN DAN KOMUNITI
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil meninjau karnival RIUH Raya Kita 2025 anjuran MyCreative Ventures (MyCV) pada 21 Mac 2025 (Jumaat) di Kuala Lumpur.
RIUH Raya Kita 2025 diadakan sempena sambutan Aidilfitri yang membawakan gabungan hasil kreatif tempatan, keusahawanan dan komuniti dalam satu festival. Menampilkan lebih 80 jenama tempatan, 25 peniaga makanan dan minuman, 23 persembahan pentas, sembilan bengkel kreatif, para pengunjung juga berpeluang menyumbang kepada OneForOne iaitu program menyediakan hidangan kepada golongan yang memerlukan.
Turut serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCV, Zainariah Johari.
Foto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT & ROSMAN ABU BAKAR