“SENI MERENTASI BUDAYA DAN GENERASI” TEMA HARI SENIMAN 2025
Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil hadir ke sambutan Hari Seniman 2025 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 21 Mac 2025 (Jumaat) di Kuala Lumpur. “Seni Merentasi Budaya dan Generasi” diangkat sebagai tema sambutan kali ini, mencerminkan kesinambungan seni sebagai warisan dan medium komunikasi antara generasi
YB Datuk Fahmi turut menyampaikan sumbangan kepada 20 penggiat industri seni sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan menyerahkan surat niat kepada tujuh institusi pengajian untuk memperkukuh industri perfileman, televisyen serta kandungan kreatif.
Lima Dana Kandungan Kreatif (DKK) 2025 diumumkan semasa majlis sebagai pendorong penggiat industri untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Dana Mikro Drama, Dana Pasca Produksi, Dana Pemasaran dan Pengedaran, Dana Program TV serta Dana Pemasaran telah dibuka permohonannya pada 24 Mac.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato' Azmir Saifuddin Mutalib.
Foto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT & ROSMAN ABU BAKAR