WARGA KEMENTERIAN KOMUNIKASI TERIMA SUMBANGAN KESKOM, BANTU PERSIAPAN AIDILFITRI
Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Komunikasi (KESKOM) menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa di Kompleks Kementerian Komunikasi pada 21 Mac 2025 (Jumaat).
Menurut Datuk Mohamad Fauzi dalam ucapannya, beliau yakin dengan semangat kebersamaan yang terjalin, KESKOM akan terus berusaha untuk memperluas inisiatif kebajikan dan memperkukuh peranan dalam menyokong kesejahteraan ahli. Beliau juga berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu warga kementerian dalam membuat persiapan Aidilfitri.
Foto:
ROSDIN SABNI