KEMENTERIAN KOMUNIKASI TUNJANG KOMUNIKASI NEGARA
Kementerian Komunikasi sebagai tunjang komunikasi negara untuk memastikan setiap inisiatif kerajaan dapat disampaikan kepada masyarakat dengan jelas. Demikian antara inti pati amanat Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi pada 20 Mac 2025 (Khamis).
YB Datuk Fahmi turut menekankan kepentingan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman keselamatan siber yang semakin berleluasa.
Kempen ini akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang keselamatan Internet, khususnya evolusi kecerdasan buatan (AI) yang semakin maju.
Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa.
Foto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT, MUHAMMAD ALIF AMIRUDIN & ROSDIN SABNI