• Home
  • Program Semasa
  • MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL HADIRI PELANCARAN PNB CYBER DAY SEMPENA BULAN CYBER SECURITY DAN INNOVATION HUB

MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL HADIRI PELANCARAN PNB CYBER DAY SEMPENA BULAN CYBER SECURITY DAN INNOVATION HUB

PNB Cyber Day sempena bulan Cyber Security dan Innovation Hub telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil di Kuala Lumpur pada 28 November 2023 (Selasa).

YB Fahmi dalam ucapannya berkata, Kerajaan menyambut baik pelbagai inisiatif Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang sejajar dengan agenda nasional Malaysia berkaitan keselamatan siber untuk melindungi pelaburan dan data peribadi.

Menurut beliau lagi, pemerkasaan jaringan dan infrastruktur telekomunikasi digital dan komunikasi sosial serta memacu pertumbuhan ekonomi digital merupakan matlamat Kementerian Komunikasi dan Digital dalam usaha memperkukuh, menghalang serta bertindak balas terhadap ancaman siber.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan PNB, Yang Mulia Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda; Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Dato’ Dr. Amirudin Abdul Wahab; Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad, Muzzaffar Othman.

 231128 pnb

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT 

Print Email