• Home
  • Program Semasa
  • MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL LANCAR PORTAL My5G, PEMANGKIN PERKONGSIAN PENGETAHUAN DAN IDEA PACU KEMAJUAN TEKNOLOGI 5G

MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL LANCAR PORTAL My5G, PEMANGKIN PERKONGSIAN PENGETAHUAN DAN IDEA PACU KEMAJUAN TEKNOLOGI 5G

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil melancarkan Portal My5G di Menara Exchange 106 (TRX), Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai pemangkin bagi perkongsian pengetahuan dan idea dalam memacu kemajuan teknologi 5G serta penggunaannya pada skala global pada 26 Oktober 2023 (Khamis).

YB Fahmi dalam ucapannya berkata, kelajuan median 5G Malaysia adalah pada 485.25Mbps, menempatkan Malaysia sebagai negara terpantas di Asia Tenggara dan ketiga di dunia. Pencapaian ini adalah bukti kualiti dan integriti rangkaian 5G bertaraf dunia yang dibangunkan oleh Digital Nasional Malaysia (DNB) di Malaysia.

Portal My5G merupakan usaha sama antara DNB dan Ericsson yang menyasarkan keupayaan sebenar teknologi berkuasa 5G dalam ruang automasi, kecerdasan buatan (Al), realiti lanjutan (XR) dan robotik sekali gus menggalakkan penggunaan 5G.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching; Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Ma. Sivanesan; Ketua Pegawai Strategi DNB, Datuk Ahmad Zaki Zahid serta Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hägerbro.

231026 5g

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT, MUHAMMAD ALIF AMIRUDIN & ROSDIN SABNI

Print Email