• Home
  • Program Semasa
  • LAWATAN KERJA MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL KE AXIATA CYBER FUSION CENTRE

LAWATAN KERJA MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL KE AXIATA CYBER FUSION CENTRE

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil mengadakan lawatan kerja ke Axiata Cyber Fusion Centre (ACFC) di Kuala Lumpur, yang berperanan melindungi aset perniagaan, memantau pelbagai bentuk ancaman siber dan menawarkan keselamatan siber yang komprehensif pada 26 September 2023 (Selasa).

YB Fahmi dalam ucapannya berkata infrastruktur, inovasi, pengurusan data, bakat, dan keselamatan siber merupakan tonggak utama ke arah negara digital.

ACFC yang telah ditubuhkan pada Ogos 2022  menjadi pemacu digital negara sekaligus memenuhi keperluan organisasi dalam pengurusan risiko, tadbir urus dan pematuhan, strategi, keselamatan IT dan juga telekomunikasi.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Ma. Sivanesan serta Pengerusi Axiata Group Berhad, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan.

 230926 axiata

Jurufoto:
MUHAMMAD ZULFADLI SELAMAT

Print Email